Bertanggungjawab sebagai pemandu peribadi kepada COO syarikat. Mengutamakan aspek keselamatan penumpang serta kenderaan semasa bertugas dan mempraktikkan pemanduan yang berkhemah, penjagaan disiplin yang tinggi, keperibadian and ketepatan masa.
Tanggungjawab:
- Bertanggungjawab untuk memandu majikan dari rumah ke pejabat pergi dan balik dan lain-lain destinasi yang diarahkan. (Kawasan Klang Valley)
- Bersiap siaga dan menepati masa untuk tiba di lokasi seperti yang diarahkan oleh majikan.
- Mempraktikkan pemanduan yang selamat dan cekap untuk memastikan perjalanan yangselamat, selesa dan sentiasa mematuhi peraturan jalanraya.
- Memastikan keselamatan dan penjagaan kenderaan termasuklah peralatan dan barangan di dalamnya pada setiap masa.
- Memastikan kenderaan dibersihkan, dicuci dan diselenggara sepanjang masa. Memantau servis berkala kenderaan dan menghantar servis apabila diperlukan.
- Merekodkan bacaan odometer kenderaan dan kemas kini rekod ke Bahagian Kenderaan (Fleet Section) di ibu pejabat pada tiap minggu untuk pemantauan kenderaan yang cekap.
- Membuat pemeriksaan asas harian pada kenderaan bagi memastikan ianya selamat digunakan.
- Menyedia dan merancang perjalanan dan lalaun yang paling efisien.
- Menyedia keperluan perjalanan seperti Kad TNG, SmartTAG, minyak, talian kecemasan dan lain-lain peralatan.
- Mahir dengan lalulan rutin majikan dan laluan-laluan alternatif lain.
- Menjalakan tugas-tugas lain yang diarahkan majikan.